Wednesday, October 21, 2009

Di manakah harga diri seorang muslimah?


Aku sungguh kecewa melihat keadaan kaum Hawa ketika ini....ke manakah hilangnya harga diri kalian wahai saudaraku? kehormatan dan harga diri tidak lagi dipedulikan....cara berpakaian tidak mencerminkan muslimah yang sebenarnya....batas pergaulan tidak dijaga.....ingatlah wahai saudaraku....berapa ramai kaum muslimah yg terjerumus ke lembah neraka? sedarlah wahai saudaraku...bangkitlah...tonjolkan keperibadian kalian sebagai muslimah yang sebenar...contohilah keperibadian ummul mukminin....
Ya Allah..
Jika aku sujud kepada Mu
Kerana gerun dengan api nerakaMu
Maka bakarlah aku di dalamnya
dan jika aku sujud kepadaMu
Kerana tamakkan syurgaMu
Maka halanglah aku daripadanya
Tetapi jika aku sujud kepadaMu
kerana kecintaanku kepadaMu
Maka kurniakanlah aku balasan yang besar
Izinkanlah aku melihat wajahMu
Yang Maha Agung dan Maha Mulia itu